Wednesday, December 11, 2013

Tengku Puan Pahang yang aku kenal




Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ialah Tengku Puan Pahang, isteri kepada Tengku Abdullah Haji Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang.

Beliau merupakan anakanda kepada Sultan Iskandar Shah dengan Yang Amat Mulia Enche Besar Johor Hajah Khalsom Binti Abdullah yang nama asalnya Josephine Ruby Trevorrow.

Tunku Azizah Aminah Maimunah juga adalah adinda kepada sultan Johor terkini iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar. Diputerikan di Istana Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960.

Baru-baru ini, Tengku Puan Pahang dan Tengku Abdullah telah bersama-sama menyumbang tenaga membantu mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan Kuantan.



Baginda membantu para sukarelawan lain menyediakan makanan dan memasak untuk mangsa banjir.

Tengku Abdullah pula membantu mengagihkan keperluan harian hasil derma orang ramai yang dihantar oleh sukarelawan Pakatan Rakyat.








No comments:

Post a Comment