Monday, December 9, 2013

Aku ingin Membina kerjaya dengan blog

Keputusan SPM akan keluar pada tahun hadapan. Aku sedikitpun tidak berasa risau kerana aku sedar setakat mana kemampuan aku sebagai seorang pelajar.

Aku memang berhasrat untuk menyambung pengajian sekurang-kurangnya hingga peringkat diploma. Tapi tak lebih dari itu.

Aku sangat sedar, peluang kerjaya untukku pada masa depan tidak menentu. Dalam keadaan sekarang pun, ramai pemegang ijazah dan diploma tidak ada kerjaya yang bertepatan dengan kelayakan mereka.

Jiran aku hanya berniaga kuih walaupun ada diploma. Seorang kenalan abang aku bekerja di kilang sebagai operator dengan gaji sama seperti orang yang tiada diploma.

Aku terfikir, bagaimana dengan aku?

Sebab itu aku membuat keputusan untuk membina kerjaya dengan blog sebagai persediaan sekiranya aku ditakdirkan tidak mendapat kerja tetap kelak..

Jika sudah berkerjaya tetap sekalipun aku akan terus berblog untuk menambah pendapatan.

2 comments: