Saturday, December 7, 2013

PESTA SAMBA RIO DE JENEIRO

Karnival telah disambut di Rio de Janeiro, Brazil selama berabad-abad, tetapi sekolah-sekolah samba hanya dirasmikan di Carnival Rio pada tahun 1920.

Pada akhir abad ke-19, pendatang dari negeri Bahia membawa bersama mereka tradisi bermain candomble dan menari tarian bahian yang dipanggil samba.

Samba popular di Rio De Jeneiro kerana di kawasan miskin pusat bandar itu terdapat tempat yang dikenali sebagai 'Little Afrika', mereka menubuhkan beberapa rumah-rumah agama dikhaskan untuk upacara keagamaan di mana mereka bermain muzik dan menari tarian samba. Dari situlah bentuk tarian sambar diubahsuai.

Sehingga hari ini pesta samba menjadi daya tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.


No comments:

Post a Comment