Tuesday, December 10, 2013

Berjaya mendaftar di Innity adalah sasaran aku

Walau pun blog aku baru berusia beberapa hari namun aku ada impian aku sendiri.

Aku berhasrat untuk mencapai 200,000 page view dan sekurang-kurangnya 40,000 unique visitor sebulan bagi melayakkan aku mendaftar sebagai publisher iklan dengan innity.

Innity adalah syarikat pengiklanan internet yang paling popular di Asia. Banyak syarikat-syarikat korporat beriklan dengan Innity.

Oleh kerana syarikat yang melanggan pakej pengiklanan Innity adalah syarikat-syarikat besar maka Innity mampu membayar publisher dengan nilai yang besar juga.

Namun itu masih jauh untuk aku kejar.

Sebelum layak menjadi publisher iklan Innity aku merancang untuk mendapatkan iklan komli. Selain Innity, komli adalah syarikat pengiklanan internet yang ke dua terbaik untuk para blogger mendapatkan wang sampingan.

Jika usaha aku lambat menampakkan hasil, aku masih boleh bergantung harap kepada nuffnang.

Menurut rakan yang sudah lama berblog, nuffnang memang membayar blogger dengan harga rendah namun proses kelulusan untuk menjadi publisher nuffang lebih mudah berbanding Innity dan komli.




No comments:

Post a Comment