Sunday, January 26, 2014

VIDEO SALJI TURUN DI INDONESIA, FILIPINA, DAN THAILAND

Heboh berita menyatakan bahawa kutub bumi akan menyongsang pada tahun 2015. Malaysia diberitakan akan mengalami iklim bersalji.
Nka kata tipu petanda dah banyak. Vietnam, Thailand, filipina dan Indonesia dah dilanda salji. Yang belum cuma Malaysia. Apakah desas desus ini akan menjadi kenyataan? Kita tunggu tahun depan.


Dilaporkan Kementerian Kesihatan Thailand, 63 orang telah mati di seluruh Thailand semenjak tiga bulan yang lalu akibat cuaca sejuk melampau yang melanda 27 daerah negara itu.

Kemaitian paling ramai dicatatkan di Chiangmai

Suhu Di Chiangmai pada hari ini adalah di negatif 5 celcius

VIDEO SALJI DI THAILAND


VIDEO SALJI DI INDONESIA


VIDEO SALJI DI FILIPINA

Friday, January 24, 2014

Digilai 1.9 juta peminat hanya kerana punggung cantik

Jean Selter
Blog ini menjanjikan sedikit berita hiburan kepada pembaca. Oleh kerana page hiburan dah lama tidak terisi, gua memilih berita ini untuk dimuatkan dalam page hiburan blog ini.

Seorang gadis berusia 20 tahun menjadi selebriti segera selepas dia mencatatkan gambar beliau mengongsikan beberapa gambar peribadi beliau di Instagram iaitu satu laman web perkongsian foto yang popular.

Sehingga hari ini, beliau telah menerima lebih 1.9 juta pengikut di Instagram, termasuk bintang pop Rihanna. Semenjak mencapai status superstar, Selter telah menandatangani tawaran lumayan dengan beberapa syarikat pengeluar jenama besar, termasuk satu tawaran daripada Nike

Bintang popular seperti Rihanna turut menjadi folower kepada gadis bertuah ini. Popularitinya dijangka terus melonjak degan kehadiran Rihanna sebagai pengikutnya.






Thursday, January 23, 2014

Saya dihalang menyanyi kali keempat - Marinatasha

Penyanyi yang diarahkan meninggalkan pentas kerana bertudung beberapa hari lalu. Kejadian yang menimpa penyanyi itu merupakan satu lagi petanda bahawa Islam tertindas di Malaysia walaupun para pemimpim melaung-laungkan dengan megah kononnya mereka meletakkan Islam di tempat yang tinggi

Marinatasha panyanyi yang diaibkan berasa kesal dengan apa yang berlaku. Menurutnya insiden itu adalah yang keempat sepanjang penglibatannyua dalam dunia nyanyian.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, suatu yang amat memalukan, tapi ini bukan kali pertama berlaku dan ia merupakan kali keempat berlaku sebelum ini sudah ada yang suruh saya buka tudung jika ingin menyanyi.

"Dalam industri tidak sepatutnya berlaku sedemikian, wanita yang berhijab juga mempunyai hak mereka dan sepatutnya hak itu dihormati.

"Saya harap agar ia tidak berlaku lagi terhadap wanita berhijab dan insiden ini perlu menadi pengajaran kepada pihak-pihak lain," jelasnya.

Beliau yang sepatutnya mengadakan persembahan pada majlis makan malam tahunan sebuah syarikat pada 18 Januari lalu telah diarahkan turun dari pentas ketika ingin memulakan persembahan.

Selain itu juga, beliau turut dimarahi kerana terus mengadakan persembahan setelah dijemput oleh rakan artis lain yang turut bersimpati atas apa yang berlaku terhadap dirinya.

Monday, January 20, 2014

Penyanyi dihalau kerana berhijab - hinanya menjadi orang Islam di Malaysia

Ini satu lagi kisah yang menyakitkan hati. Dalam negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam berlaku penganiayaan terhadap penganut Islam. Korang saksikanlah betapa biadapnya perlakuan ini.

Aku rasa tak selesa dengan berita ini. Penyanyi wanita berhijab ini dihalau turun dari pentas hanya kerana dia berhijab. Dia diaibkan. Dimalukan dalam negaranya sendiri.


Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

"Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand," jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.


Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.

"Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab."

Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, "Someone Like You" dan "Price Tag".

"Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan," jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.

Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.

Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

"Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!" tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut.


Sumber Asal : Mysuara.Net

FILEM THE WOLF OF WALL STREET PENUH DENGAN AKSI BOGEL DAN KATA-KATA LUCAH

Aku hukanlah kaki wayang tetapi berita mengenai anak melayu berjaya memproduksi filem bertaraf dunia di Hollywood pada mulanya membanggakan aku.

Filem The wolf of wall street ini adalah hasil produksi syarikat Riza iaitu anak kepada isteri PM kita, Rosmah Mansur dengan suami terdahulu.

Filem yang menelan belanja USD 100 juta ini telah mula memasuki pawagam di seluruh dunia kecuali Malaysia. Menurut laporan, filem ini mengandungi babak lucah yang melampau hingga memaksa Pak Arab memotong 45 minit daripada keseluruhan filem.

Jika 45 minit terpaksa dipotong oleh negara arab, bermakna 45 minit jugalah babak lucah dan seksi dipaparkan oleh filem itu di negara lain.

Harap-harap FINAS tidak meluluskan penayangan filem tersebut di Malaysia.

Aku sedih dengan si Riza ni, dah la mak bapak dia kena belasah dari setiap sudut di Malaysia. Dia tambah lagi dengan filem lucahnya... langsung tak boleh blah la!



Dengarkan HAMBURAN KATA-KATA LUCAH dalam filem anak melayu

Sunday, January 19, 2014

wajah guru mualaf yang diarah buka hijab didedahkan


Isu melibatkan seorang guru wanita mualaf di Johor yang dipaksa membuka tudungnya kini dianggap selesai apabila Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Phang Ah Ngang, 72, dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan hari ini meminta maaf secara terbuka.

Menurut Utusan Malaysia, permohonan maaf itu dibuat pada Majlis Muhibah yang dihadiri guru terbabit, Choi Yi Shan, 25, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, semalam.

“Saya terima dengan hati terbuka permohonan maaf ini. Harap-harap pihak lain yang ambil berat tentang kes ini dapat meredakan hati dan tidak diperbesarkan lagi sebab ini memang isu sensitif," kata Choi, yang masih merahsiakan nama Islamnya.

Phang dalam kenyataannya berkata, beliau dengan seikhlas hati meminta maaf secara peribadi kepada Choi dan masyarakat di Pekan Teluk Sengat serta umat Islam berikutan tindakannya itu.

“Dengan ini saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya.

Sementara itu, Chiew berkata, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan dan murid beragama Islam memakai tudung di sekolah tersebut kerana memahami bahawa memakai tudung adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh wanita Muslim.

“Sebagai guru besar saya pasti menghormati agama Islam dan guru serta murid beragama Islam tanpa mengira kaum. Sebagai penjawat awam, saya mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya janji akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati.

“Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata tidak munasabah yang diperkatakan secara tidak sengaja menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf," katanya.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd Nazri Kasmin.

Sementara itu, Choi menganggap kes itu selesai dan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap karier sebagai pendidik dan seorang muslimah.

Beliau juga bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya bulan depan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Choi dipaksa membuka tudungnya oleh ahli lembaga pengurus sekolah tempatnya mengajar.

Beliau kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan dipindahkan serta merta atas faktor keselamatan. - MOHD FARHAN DARWIS/18 Januari, 2014.

Saturday, January 18, 2014

GURU BESAR DITANGKAP KETIKA MENINDIH TUBUH GURU WANITA TANPA SELUAR

ANAK MURID JANGAN IKUT PERANGAU DUA GURU NI YA. KALAU DUA ORANG GURU NI MENGAJAR BUAT DERK SAJA. CAKAP PANDAI NASIHATKAN ORANG. PERANGAI SENDIRI NAUZUBILLAH.

Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.

Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan. - 17/1/14

MANUSIA BAKAR KUCING HIDUP-HIDUP

Adik aku mesti bengang dengan berita terkutuk ini. Ini adalah siaran tentang  seekor kucing yang malang. Kucing tersebut telah dibakar hidup-hidup oleh seorang orang yang bukan orang. binatang yang bukan binatang. Sukar menggambarkan siapa orang yang sanggup berpelakuan begini.

Jika di luar sana manusia sanggup berhabis wang ringgit demi menyelamatkan ribuan kucing terbiar, orang ini pula membakarnya hidup-hidup.

Mula-mula kucing ditangkap dan dimasukkan ke dalam kurungan
Kucing berkeadaan sihat dan selamat dalam kurungan
Dibawa ke lokasi pembakaran dan dicurah dengan petrol
Keadaan kucing selepas disimbah petrol
Pembakaran dimulakan
Api menyambar petrol pada seluruh tubuh kucing yang malang
Api yang marak mula reda
Kucing yang malang hangus dijilat api

Tuesday, January 14, 2014

Pelakon Ali Setan tuntut cerai dari suami

Pelakon yang pernah berlakon dalam beberapa filem popular seperti Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dna Jejaka Perasan era 80'an telah memfailkan notis tuntutan cerai terhadap suaminya.

Liza Abdullah 52 tahun dilaporkan mStar memfailkan tuntutan cerai tersebut di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Kuala Lumpur.

Liza dan suaminya Zolkifli telah berumahtangga selama 26 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Anak sulung beliau Zulhafiz Zariq berusia 25 tahun, Syahiddah Naffiz Nur, 21, Zulsyahmi Naguib, 12, dari Zulsyahmi Afif, 10.

Tidak diketahui punca beliau berbuat demikian. Semoga beliau bahagia dengan apa jua keputusan yang menjadi pilihannya.

GURU DIARAH BUKA TUDUNG DAN KESELAMATAN DIANCAM

KOTA TINGGI 12 Jan. - Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.

Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

Pifahamkan, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.

Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.

"Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

"Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.

"Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.

Wednesday, January 8, 2014

SUMBAT CILI DALAM FARAJ ANAK TIRI BERUSIA 11 TAHUN

SEKADAR MENGONGSIKAN SEMULA BERITA KEKEJAMAN SEORANG YANG BERNAMA PEREMPUAN.

Entah mengapa asal nama ibu tiri saja, pasti dia akan berlaku kejam terhadap anak-anak tirinya. Ingatkan dalam filem saja yang berlaku demiki9an, rupanya dalam kehidupan sebenar pun berlaku juga. Malah lebih kejam daripada adegan filem.

Sedih aku baca berita ni......................

Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya, 11, dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri, 31, terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

"Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis-

Cut Tari akhirnya bercerai


Pengacara sensasi yang pernah terbabit dalam video lucah penyanyi Ariel Noah, Cut Tari dan suaminya, Johannes Yusuf Subrata telah bercerai baru-baru ini.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Cut Tari yang turut mengatakan ia adalah jalan terbaik bagi rumah tangga mereka.
"Kami sudah melakukan pelbagai cara untuk memulihkan hubungan ini, namun setakat ini jalan terbaik adalah berpisah," katanya kepada KapanLagi.
Cut dan suaminya telah pun memfailkan pemohonan cerai pada Disember lalu dan prosiding akan bermula pada 22 Januari ini.- tupai

Set wudhu untuk warga tua dan OKU



Sebuah Universiti di Kanada menyediakan satu sudut di ruang tandas bagi menempatkan set paip yang direka khas untuk memudahkan orang-orang Islam mengambil wudhu'.

Set yang mempunyai tempat duduk itu memudahkan pengguna untuk membasuh kaki tanpa perlu membongkok keterlaluan. Impact ke atas buku lali, pinggang dan lutut juga dapat dielakkan.

Set wudhu yang direka itu sangat sesuai digunakan di Malaysia terutama di masjid-masjid utama negeri dan negara agar memberi keselesaan kepada ornag kurang upaya dan orang-orang tua menyempurnakan wudhu.

Friday, January 3, 2014

Gadis yahudi lafaz kalimah syahadah di masjid Al Aqsa


Al-Quds. Televisi Aljazeera, Ahad (29/12/2013) memuat sebuah wawancara eksklusif dengan dua orang gadis Yahudi Israel yang baru saja mengikrarkan keislamannya di Masjidil Aqsha. Berikut kisah keislaman mereka yang dirangkai dari petikan wawancara tersebut.

Sembuh dari sakitnya, Aisyah, gadis Yahudi berumur dua puluh tahunan ini menjadi ingin mempelajari agama Islam lebih jauh. Renungan saat menderita sakit membuatnya ingin mengenal Islam. Dia pun bergabung dengan Islamic Center Darussalam, selain juga melalui media dan internet.
Pada tahun 2008, beberapa tahun setelah kedatangannya ke Israel, Aisyah mengunjungi salah seorang temannya di daerah Arab, salah satu wilayah Palestina yang dikuasai oleh Israel. Saat pulang dari sana, dia mendapatkan sebuah buku kecil berbahasa Ibrani yang berjudul “Jalan Menuju Kebahagiaan”. Buku itu berisi tentang bukti-bukti kebenaran ajaran Islam.

Disimpannya buku itu tanpa membacanya dan mencoba mengetahui isinya. Beberapa bulan kemudian, Aisyah menderita sakit parah yang hampir-hampir merenggut jiwanya. Untuk mendapatkan ketenangan, dia coba membaca buku kecil tentang kebahagiaan itu.
Aisyah pun mulai tertarik. Dia ingin mengenal Islam lebih jauh. Tanpa rasa takut kepada sesama Yahudi, Aisyah berusaha menghubungi beberapa orang da’i Palestina yang tergabung dalam Islamic Center “Darussalam”. Lembaga ini berada di wilayah Palestina yang dijajah Israel tahun 1948. Setelah enam bulan belajar di sana, Aisyah membulatkan tekad untuk masuk Islam. Dia pergi ke Masjidil Aqsha untuk mengikrarkan keislamannya.

Saat mengisahkan pengalamannya kepada televisi Aljazeera, Qatar, Aisyah menangis tersedu-sedu. Dia tidak bisa mengungkapkan perasaan yang ada dalam hatinya. Dia seakan baru saja diciptakan untuk kehidupan yang baru. Menurutnya, yang menarik dalam Islam adalah pernyataan bahwa tidak ada paksaan untuk memeluk agama ini. Memeluk Islam didasarkan pada sukarela dan keyakinan. Dalam agama ini, seorang hamba juga tidak memerlukan perantara siapapun untuk berhubungan dengan Penciptanya.

Aisyah hidup dengan keluarganya. Keluarga besarnya belum mengetahui kabar keislamannya. Hanya ayahnya yang mengetahui dan mendukung keputusan keislaman itu. Sedangkan ibunya adalah seorang Yahudi fanatik, sangat membenci umat Islam. Kalau ibunya tahu, sangat mungkin dia akan membuka rahasia keislaman Aisyah kepada orang banyak. Sungguh berat mempertahankan Islam di lingkungan Yahudi.

Aisyah semakin memperhatikan bagaimana berpakaian yang menutup auratnya, walaupun belum bisa tega memakai jilbab di depan ibunya. Shalat wajib dilaksanakannya tepat waktu. Malam hari, saat keluarganya tertidur, dihabiskannya untuk shalat dan membaca Al-Qur’an hingga pagi. Asiyah memohon kepada Allah swt. agar diberi kekuatan bisa menyampaikan keislamannya kepada ibunya. Sudah enam tahun dia menyembunyikan keislamannya. Sudah enam tahun juga dia harus berpura-pura sebagai penganut Yahudi, melaksanakan ritual-ritual dari Talmud. Dia ingin segera sempurna dalam menutup auratnya, ingin melaksanakan shalat dengan bebas tanpa mencuri-curi.

Syukur, Aisyah mempunyai pembimbing di “Darussalam” yang selalu menguatkan dirinya bersama lima orang gadis mantan Yahudi lainnya untuk tetap hidup damai dan tidak bermusuhan dengan keluarga dan lingkungannya. Walaupun menyembunyikan keislamannya, Aisyah bisa menjaga akhlak Islam, dan menjauhi semua hal haram. Kehidupan hura-hura pun dijauhinya. Hal ini mulai memancing kerugiaan teman-temannya. Lambat-laun mereka pun akhirnya tahu.

Diri Aisyah semakin kuat setelah Hanin bergabung bersamanya. Hanin adalah seorang Yahudi Kroasia yang pindah ke Isarel sendirian tanpa keluarganya. Alih-alih menjadi seorang Yahudi pendukung Israel, Hanin tertarik dengan Islam dan menjadi teman Aisyah dalam mempelajari Islam. Hanin menilai bahwa Islam adalah agama yang sempurna dalam memperlakukan wanita. Hanin juga menolak jika Islam diperbandingkan dengan agama lain. Agama lain tidak ada apa-apanya. (msa/dakwatuna/aljazeera)

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2013/12/31/44045/dua-gadis-yahudi-masuk-islam-di-masjidil-aqsha/#ixzz2p2jk2d8j