Thursday, January 23, 2014

Saya dihalang menyanyi kali keempat - Marinatasha

Penyanyi yang diarahkan meninggalkan pentas kerana bertudung beberapa hari lalu. Kejadian yang menimpa penyanyi itu merupakan satu lagi petanda bahawa Islam tertindas di Malaysia walaupun para pemimpim melaung-laungkan dengan megah kononnya mereka meletakkan Islam di tempat yang tinggi

Marinatasha panyanyi yang diaibkan berasa kesal dengan apa yang berlaku. Menurutnya insiden itu adalah yang keempat sepanjang penglibatannyua dalam dunia nyanyian.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, suatu yang amat memalukan, tapi ini bukan kali pertama berlaku dan ia merupakan kali keempat berlaku sebelum ini sudah ada yang suruh saya buka tudung jika ingin menyanyi.

"Dalam industri tidak sepatutnya berlaku sedemikian, wanita yang berhijab juga mempunyai hak mereka dan sepatutnya hak itu dihormati.

"Saya harap agar ia tidak berlaku lagi terhadap wanita berhijab dan insiden ini perlu menadi pengajaran kepada pihak-pihak lain," jelasnya.

Beliau yang sepatutnya mengadakan persembahan pada majlis makan malam tahunan sebuah syarikat pada 18 Januari lalu telah diarahkan turun dari pentas ketika ingin memulakan persembahan.

Selain itu juga, beliau turut dimarahi kerana terus mengadakan persembahan setelah dijemput oleh rakan artis lain yang turut bersimpati atas apa yang berlaku terhadap dirinya.

No comments:

Post a Comment