Monday, January 20, 2014

FILEM THE WOLF OF WALL STREET PENUH DENGAN AKSI BOGEL DAN KATA-KATA LUCAH

Aku hukanlah kaki wayang tetapi berita mengenai anak melayu berjaya memproduksi filem bertaraf dunia di Hollywood pada mulanya membanggakan aku.

Filem The wolf of wall street ini adalah hasil produksi syarikat Riza iaitu anak kepada isteri PM kita, Rosmah Mansur dengan suami terdahulu.

Filem yang menelan belanja USD 100 juta ini telah mula memasuki pawagam di seluruh dunia kecuali Malaysia. Menurut laporan, filem ini mengandungi babak lucah yang melampau hingga memaksa Pak Arab memotong 45 minit daripada keseluruhan filem.

Jika 45 minit terpaksa dipotong oleh negara arab, bermakna 45 minit jugalah babak lucah dan seksi dipaparkan oleh filem itu di negara lain.

Harap-harap FINAS tidak meluluskan penayangan filem tersebut di Malaysia.

Aku sedih dengan si Riza ni, dah la mak bapak dia kena belasah dari setiap sudut di Malaysia. Dia tambah lagi dengan filem lucahnya... langsung tak boleh blah la!



Dengarkan HAMBURAN KATA-KATA LUCAH dalam filem anak melayu

No comments:

Post a Comment