Sunday, December 15, 2013

Wanita Malaysia cipta rekod dunia sukan hoki


Wanita Malaysia mencipta rekod dunia apabila skuad wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal sukan hoki dalam temasya Sukan SEA ke-27 pada 14.12.2013.

Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang oleh Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.

Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Theinphyu di sini, Noor Hasliza Md Ali muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25', 42', 43', 62' dan minit ke-64.

Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31' 35' 55' dan 60', Nobaili Hashim empat gol (16', 30', 39', 65'), Norazlin Sumantri empat gol (12', 21', 25', 60').

Kapten pasukan Nadia Abd Rahman menjaringkan dua gol iaitu pada minit kelima dan 51'; Norhidayah Bokhari (21', 28'); Rabiatul Adawiyah Mohamed (40', 55').

Lima gol lain masing-masing menerusi Norashikin Halim pada minit ke-46, Nurul Nabila Mansur (23'), Raja Norsharina Raja Shabuddin (18'), Surizan Awang Noh (52') dan Siti Nuramira Rohani melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-70.

Pasukan negara turut menerima satu gol menerusi jaringan sendiri pemain Kemboja.

No comments:

Post a Comment