Friday, December 13, 2013

Polis gugur kes skandal ADi PUTRA dengan isteri orang


Adi Putra lega selepas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menggugurkan kes skandal melibatkan dirinya dengan isteri seorang ahli perniagaan dari Johor pada September lalu.
 
Malah Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim turut mendakwa dia mengetahui sebab mengapa keputusan pihak polis menyebelahinya, tetapi enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

"Ada sebab mengapa kes ke atas saya digugurkan, tetapi tidak manis jika saya dedahkan di sini. Lagi pun hasil siasatan polis adalah sulit.

"Apa yang pasti, kes yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan ini telah selesai dan tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya," ujarnya.

Pada masa yang sama, aktor berusia 32 tahun berasal dari Singapura ini memberitahu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba memfitnahnya lagi.

Adi didakwa berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita berusia 30 tahun itu walapun baru seminggu berkenalan menerusi laman Instagram.

No comments:

Post a Comment