Monday, December 30, 2013

Gambar dan video terkini Felicia Yap bekaS model playboy



Sri Kandi Islam Bukan Arab Yang Paling Jelita


Saya adalah seorang gadis Amerika yang berasal daripada sebuah pekan kecil di Texas, telah menerima hidayahNya untuk memeluk agama Islam. Saya tahu ianya memeranjatkan bagi sesetengah orang, tetapi bagi diri saya yang menjalani kehidupan terumbang-ambing sebagai seorang jurugambar yang merakam tentang kehidupan di malam hari, telah menjadi pendorong kepada diri saya dalam mencari erti dan matlamat kehidupan ini.

Tuhan adalah matlamat utama dan saya tidak sesekali berputus asa di dalam pencarian ini. Kini saya adalah public figure yang memberi ceramah tentang Islam di Amerika, dan juga merangkap sebagai seorang jurugambar profesional dengan pengalaman lebih dari 10 tahun. Saya amat bersyukur dengan kehidupan baru saya kini, yang telah berkahwin dan dikurniai seorang putera.

Andai ianya berlaku sebegitu mudah. Seumpama memuat naik iklan di laman web, apabila merujuk kepada diri ini yang pertama kali melalui proses transisi dalam meninggalkan kehidupan lampau yang sia-sia demi untuk memenuhi impian dan keinginan mendampingi Tuhan di dalam Islam. Atau mungkin, seperti laman mencari jodoh di alam maya, cuma anda perlu mencari perkara lain yang lebih besar daripada sekadar cinta semata-mata, umpamanya pencarian identiti baru, milik kendiri, persahabatan, atau mungkin karier baru?

Wah, adakah pernah ada sesiapa yang menoleh ke belakang di dalam pelayaran dan mengatakan “Aku tidak percaya yang diriku telah berjaya merentasi ribut ini dengan selamat, tetapi adakah ianya berbaloi?” Saya tahu yang saya seringkali mengungkapkan kata-kata tersebut dan saya yakin saya bukanlah berseorangan. Untuk menjadi seorang Muslim, ianya lebih daripada sekadar menukar kepercayaan akidah sahaja.

Di serata dunia hari ini, orang ramai sibuk membaca, ber’blog’, mencari dan bertanya tentang Islam. Ianya telah menjadi topik terhangat dimana-mana, hatta di dalam gereja sekalipun. Disamping menyampaikan ajaran Kristian, gereja juga tidak boleh lari daripada membicarakan subjek berhubung Islam, agama anutan saya kini.

Permintaan terhadap informasi berkaitan Muslim dan Islam meningkat dengan mendadak dan kian membesar, sehingga saya boleh memberi perumpamaan seperti bebola salji yang kian membesar semasa bergolek turun daripada bukit kerana mengumpulkan salji di sepanjang perjalanannya. Apa yang menariknya ialah melihat bagaimana masyarakat umum berebut-rebut untuk mengambil cebisan daripada “bebola salji” tersebut.

Keseronokan yang diperolehi apabila anda memeluk Islam, saya gelarkannya sebagai “New Muslim High” (Kenikmatan Saudara Baru Muslim)..(Ketawa). Saya membayangkan jika rasa keseronokan ini dapat dibotolkan dan dijual kepada orang ramai, tentu ramai orang akan turut dapat berkongsi perasaan yang menakjubkan ini. Ianya berlaku secara spontan, bagaikan seseorang mengejutkan anda daripada tidur yang lena dan berkata “Hei, apa khabar? Mari saya kenalkan kamu dengan diri kamu yang baru. Diri kamu yang dulu hanyalah pelanduk dua serupa yang tiada berjiwa. Inilah diri kamu yang sebenar, bersih dan bercahaya, yang kamu ingin bertemu sejak sekian lama”. Bersama-sama perubahan mendadak yang berlaku di dalam hidup ini, kita juga perlu bersedia untuk mendepani arus cabaran yang bakal mendatang.


Website: http://nicolequeen.com/
Blog:http://thequeensofislam.blogspot.com/
YouTube: TheNicoleQueen
Facebook: http://www.facebook.com/Queens.of.Islam

Friday, December 27, 2013

PERBEZAAN ANTARA ISTERI DAN GIRLFRIEND


Isteri macam tv, girlfriend macam handphone.
Dirumah tengok tv, pergi keluar bawak handphone.
Takde duit jual tv, ada duit beli handphone baru.
Kadang-kadang seronok tengok tv,
tapi selalunya masa banyak habis main handphone.

Tv percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis
line, talian akan ditamatkan serta merta.

Tv saiznya besar, berat dan buruk, tapi Hp cute, comel, ramping dan banyak butang boleh picit dan boleh dibawa ke mana-mana pada bila-bila masa saja.

Kos penyelengaraan tv murah aje, lagipun jarang rosak, tapi Hp..
mak oii.. mahalnya selalu meragam plak tu.

HP bila kita bercakap dgn dia... dia jawab semula.... TV asyik nak kita dengar je dia cakap...

Yang sadisnya Tv ada remote control, tapi Hp takde. Cuma satu je kelebihan Tv, takde virus. Tapi Hp sekali kena virus habislah!

JADI.. JANGAN PENING KEPALA,
PILIHLAH TV ANDA.. KALAU
BOLEH YANG PLASMALAH YA....

-kredit zureen-

JANDA CUN YANG MENDEBAR DADA


Layan jer video janda ni... gua rasa terhibur.  lawak selawak-lawaknya.

Try layan



Thursday, December 26, 2013

ANDA PASTI TERKEJUT DENGAN WAJAH TERKINI HEIDI KLUM


Inilah rupa supermodel yang berpendapatan paling lumayan suatu ketika dahulu. Gambar-gambar ini diambil ketika beliau menghadiri satu majlis Halloween tahunan yang ditaja oleh SVEDKA Vodka and smartwater di Marquee pada 31  Oktober , 2013 di New York City.

Dengan wajah wanita berusia  lebih 80 tahun supermodel itu tidak dapat dicam oleh para hadirin yang hadir. Kedutan di wajah dan leher tidak sedikitpun menunjukkan di bawah make up tersebut terdapat satu wajah yang cantik dan menawan seorang supermodel yang barusia 40 tahun.

kedutan wajah dan leher
kaki Heidi yang di make up
kaki sebenar heidi Klum

Heidi Klum

Rahsia Sebenar Jutaan Kerang terdampar di Pantai Mesir

Fenamena itu bukanlah seperti yang digembar-gemburkan berlaku di Sabah. Fenomena kerang timbul sebenarnya belrlaku di pantai New Damietta City atau Dimyat,Mesir.

Ia adalah fenomena biasa setiap kali tiba musim sejuk. Masyarakat Islam Mesir tidak makan kerang kerana menganggapnya haram berdasarkan sifat semulajadinya yang hidup dua alam.

Gambar-gambar ini dirakam oleh seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.
 


Wednesday, December 25, 2013

Koleksi gambar dan video ikan bunuh diri di Tambisan Sabah - tanda tsunami??


Kehadiran beribu-ribu ikan dipermukaan air laut di Tambisan, Lahad Datu, Sabah sangat menakjubkan. Peritiwa ini mengingatkan kita kepada peristiwa tsunami yang pertama dahulu.

Sebelum tsunami berlaku para penduduk di beberapa kawasan muara sungai yang bertemu dengan laut tidak menyangka apa-apa apabila mereka mendapati ikan seperti siakap dan jenahak dilihat dan dapat ditangkap dengan jala.

Kehadiran ikan jenahak yang merupakan ikan laut dalam sebenarnya sesuatu yang pelik. Tannjung Sedili, Kuala Kurau, dan Sungai Remis di Perak mengalami kehdiran ikan dalam kuantiti banyak yang sangat pelik sebelum tsunami 2004.

Kini ikan muncul lagi dalam kuantiti banyak dan menunjukkan diri di permukaan air. Adakah ini rezeki atau petanda bencana besar. Sabah pernah mengalami bencana kemusnahan besar akibat taufan.

Tentu kita masih ingat kejadian dahsyat Gempa Bumi dan 'Tsunami' yang melanda Acheh, Indonesia pada 26 Dicember 2004..Peristiwa hitam yang mengorbankan ratusan ribu orang







Tuesday, December 24, 2013

Rahsia kebijaksanaan pelajar Kelantan dan Terengganu terletak pada ikan tongkol

\
Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu?

Satu kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.

Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.

Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/ bubur nasi.

Sunday, December 22, 2013

Diego Michiels masuk Islam

Diego Michiels pemain bola sepak indonesia yang berasal dari Belanda telah memeluk agama islam dan menjadi seorang Mualaf. Beliau menukar namanya dengan Diego Muhammad bin Robbie Michiels.

Menurut Diego beliau sudah lama memendam untuk menjadi seorang Islam. Sudah lama beliau ingin menjadi seorang Muslim yang taat. Namun keinginan tersebut akhirnya menjadi kenyataan kini.

Kata Diego “Sebelum saya ke Indonesia, saya sering bermain bersama teman yang beragama Islam. Lalu saya mulai mempelajari buku, menonton filem agama islam dan akhirnya saya memutuskan masuk Islam.”

Diego sendiri pun mengaku sudah memberitahu kepada orang tuanya yang berada di Belanda sekitar sebulan yang lalu mengenai hal dirinya yang ingin memeluk islam.

“Saya senang sekarang. Saya masuk Islam bukan karena kekasih saya Islam, tetapi karena keinginan saya sendiri. Rakan-rakan saya sering mengajarkan bagaimana cara berdoa dan beribadah,” tambah Diego.

Subhanallah...bertambah lagi saudara muslim kita...

Friday, December 20, 2013

Wanita skandal Adi Putra dicerai talak satu

Nak tunjuk kat adi putra agaknya

Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra membuat pengakuan telah menceraikan isterinya secara lisan pada Khamis pukul 4.30 pagi di kediamannya Kulai, Johor.

Amiruddin berkata, dia membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal tersebut selain ia untuk kebaikan mereka bersama.

"Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis lalu pukul 4.30 pagi di kediaman kami.
"Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama," katanya yang ditemui pada pagi Jumaat di Pejabat Peguam Negara di sini.

Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Adi Putra (dua dari kanan) bersama isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof dan peguam mereka melakukan sidang media pada 12 Disember lalu.

Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.

Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Wednesday, December 18, 2013

Menteri Pukimak

Di bawah adalah satu contoh rakyat Malaysia yang melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada menteri berikutan cadangan menikkan kadar tol. Menteri pejuang melayu diPUKIMAKkan olehnya.

Kalau betul marah sekalipun janganlah sampai mengaibkan diri sendiri. Ramai orang lain pun marah juga. Tapi taklah sampai macam ini.


Kesal dahulu pendapatan, kesal kemudian tiada guna. Lain kali undilah BN lagi.


Tuesday, December 17, 2013

Salji landa Mesir setelah 112 tahun


Mesir kini sedang dilanda salji. Inilah kali pertama Mesir mendapat salji dalam tempoh 112 tahun. Keseluruhan bandaraya utama Mesir seperti kaherah dan lain-lain mengalami salji



Sunday, December 15, 2013

Wanita Malaysia cipta rekod dunia sukan hoki


Wanita Malaysia mencipta rekod dunia apabila skuad wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal sukan hoki dalam temasya Sukan SEA ke-27 pada 14.12.2013.

Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang oleh Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.

Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Theinphyu di sini, Noor Hasliza Md Ali muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25', 42', 43', 62' dan minit ke-64.

Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31' 35' 55' dan 60', Nobaili Hashim empat gol (16', 30', 39', 65'), Norazlin Sumantri empat gol (12', 21', 25', 60').

Kapten pasukan Nadia Abd Rahman menjaringkan dua gol iaitu pada minit kelima dan 51'; Norhidayah Bokhari (21', 28'); Rabiatul Adawiyah Mohamed (40', 55').

Lima gol lain masing-masing menerusi Norashikin Halim pada minit ke-46, Nurul Nabila Mansur (23'), Raja Norsharina Raja Shabuddin (18'), Surizan Awang Noh (52') dan Siti Nuramira Rohani melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-70.

Pasukan negara turut menerima satu gol menerusi jaringan sendiri pemain Kemboja.

Saturday, December 14, 2013

Rozita Che Wan dan Zain Saidin Selamat diijabkabulkan


Pasangan Che Ta dan Zain Saidin selamat diijabkabulakn di Shah Alam. Mereka diijabkabulkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor Ustaz Alwi Parman dalam satu majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Rabu malam. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menerima mas kahwin sebanyak RM9,300, wang hantaran RM23,000 berserta sembilan dulang yang dibalas sembilan dulang oleh pihak Zain.

Di majlis itu, Che Ta tampak ayu dan anggun dengan berpakaian kurung moden rona putih dan mendapat sentuhan jurusolek terkenal, Amy Janz. Beliau telah menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.

Jemputan yang hadir terpegun dengan keindahan dewan bankuet yang dihias indah dengan jambangan bunga segar hasil rekaan Nas Great Ideas. Majlis itu dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan wakil-wakil media.

Friday, December 13, 2013

Polis gugur kes skandal ADi PUTRA dengan isteri orang


Adi Putra lega selepas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menggugurkan kes skandal melibatkan dirinya dengan isteri seorang ahli perniagaan dari Johor pada September lalu.
 
Malah Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim turut mendakwa dia mengetahui sebab mengapa keputusan pihak polis menyebelahinya, tetapi enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

"Ada sebab mengapa kes ke atas saya digugurkan, tetapi tidak manis jika saya dedahkan di sini. Lagi pun hasil siasatan polis adalah sulit.

"Apa yang pasti, kes yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan ini telah selesai dan tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya," ujarnya.

Pada masa yang sama, aktor berusia 32 tahun berasal dari Singapura ini memberitahu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba memfitnahnya lagi.

Adi didakwa berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita berusia 30 tahun itu walapun baru seminggu berkenalan menerusi laman Instagram.

Thursday, December 12, 2013

Isteri PM kita yang amat menyerlah

DS Najib dan DS Rosmah pergi ke Brunei semalam bagi merasmikan Jambatan Persahabatan di sempadan Malaysia-Brunei,. Jambatan tersebut menghubungkan Bahagian Limbang Sarawak dan daerah Temburong Brunei.

Rosmah Mansur penyeri majlis
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

dan

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam

berkenan meraikan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor di Majlis Santap Malam  di Brunei semalam.

Wednesday, December 11, 2013

Tengku Puan Pahang yang aku kenal




Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ialah Tengku Puan Pahang, isteri kepada Tengku Abdullah Haji Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang.

Beliau merupakan anakanda kepada Sultan Iskandar Shah dengan Yang Amat Mulia Enche Besar Johor Hajah Khalsom Binti Abdullah yang nama asalnya Josephine Ruby Trevorrow.

Tunku Azizah Aminah Maimunah juga adalah adinda kepada sultan Johor terkini iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar. Diputerikan di Istana Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960.

Baru-baru ini, Tengku Puan Pahang dan Tengku Abdullah telah bersama-sama menyumbang tenaga membantu mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan Kuantan.



Baginda membantu para sukarelawan lain menyediakan makanan dan memasak untuk mangsa banjir.

Tengku Abdullah pula membantu mengagihkan keperluan harian hasil derma orang ramai yang dihantar oleh sukarelawan Pakatan Rakyat.








Siti Nurhaliza turut sampaikan bantuan mangsa banjir di Kuantan

Datuk Siti Nurhaliza Tajuddin telah berkunjung ke dua pusat pemindahan mangsa banjir di kuantan untuk menyampaikan bantuan peribadinya.

Beliau telah hadir di SMK Gudang Rasau dan SK Pandan bersama suaminya Datu K untuk menyampaikan 700 pek yang terdiri daripada makanan, lampin pakai buang, tuala wanita, berus gigi, ubat gigi dan syampu kepada mangsa banjir.